Popular Posts

Sunday, October 10, 2010

Siti Rosmizah - Lafazkan Kalimah Cintamu

  Sinopsis:
Tengku Aqilah, seorang anak yang di sisih oleh bapa kandungnya sendiri. Kecetekan iman Tengku Hisham menyebabkan beliau menyalahkan anak bongsunya sebagai punca kematiaan isterinya. Selama 13 tahun Tengku Aqilah hidup di perantauan membina kehidupannya sendiri. Selepas tamat belajar Tengku Aqilah berhajat untuk kembali semula ke pangkuan keluarganya namun kepulangannya itu telah membuka tirai luka dalam hidupnya.


Tengku Natasha yang tidak pernah padam api dendam terhadap adiknya, telah menggunakan tiket sebagai anak kesayangan Tengku Hisham, memperlekehkan Tengku Aqilah dengan memberikan Tengku Aqilah jawatan sebagai seorang penyambut tetamu merangkap tea lady di Syarikat milik keluarga mereka. Demi untuk menagih kasih seorang bapa Tengku Aqilah akur jua.


Tengku Ryan Ameer, jejaka tampan kacukan Inggeris melayu itu begitu angkuh dan sombong, di tambah pula dengan kedudukan bapanya, Tengku Hashim sebagai pemegang syer terbesar diSyarikat Megah Holdings. Kehadiran Tengku Aqilah di Syarikat itu begitu menjengkelkannya, sehinggakan mereka tidak boleh langsung bertembung muka pasti perang mulut akan meletus. Tengku Aqilah sedar di mata Tengku Ryan Ameer begitu membara api kebenciaan terhadap dirinya.

Tengku Hashim, bapa saudara Tengku Aqilah amat menyanyangi gadis malang ini. Manusia hanya mampu merancang namun perancangan Yang Maha Esa lebih hebat dari segalanya. Sebelum menghembuskan nafas yang terakhir Tengku Hashim telah membuat satu wasiat yang telah mengubah segala-galanya. Apakah wasiat beliau itu? Mampukah Tengku Aqilah mengapai kebahagiaan dalam hidupnya? Mampukah Tengku Aqilah terus menagih kasih dari bapanya? Begitu utuhkah api kebenciaan Tengku Ryan Ameer pada Tengku Aqilah? Segalanya akan terjawab dalam novel setebal 816 mukasurat.

rehann~ memang rehann tidak nafikan setiap novel nukilan Siti Rosmizah mampu membuatkan rehann menitiskan air mata kerana itu jugalah rehann sanggup mencari novel ini ke merata-rata hanya untuk memiliki senaskah novel ini. Permulaan dan pengakhiran novel ini memang menyayat hati. selsemalah juga rehann sepanjang hari... Namun begitu terselit juga komedi-komedi santai yang membuat rehann tidak kering gusi. Rasa macam orang gila pun ada tergelak sorang-sorang... kesimpulannya, LKC ini amat berbaloi untuk dimiliki tambahan lagi bagi seorang insan yg bernama wanita. jika ingin tahu kenapa rehann berkata begini, dapatkanlah LKC di pasaran, hanya RM26.90 semenanjung dan RM29.90 bagi sabah dan sarawak. jangan lupa beli ya... sama-sama lah kita sokong karya-karya penulis yang dapat mencipta kehidupan di hujung jari mereka!

Fakta~selepas novel Andai itu Takdirnya dan Cinta Kau dan Aku yang mendapat sambutan yang sangat memberansangkan, akhirnya Siti Rosmizah muncul dengan karya ketiganya Lafazkan Kalimah Cintamu. Selepas kejayaan penulis dengan dua novel terdahulu yang sehingga kini masih berada di carta best seller MPH mengorak langkah penulis untuk mewujudkan syarikat penerbitan sendiri. Tahniah Rehann ucapkan kepada pengemar karya Siti Rosmizah, boleh miliki novel ini yang hanya boleh di miliki di POPULAR dan sesiapa yang nak beli secara online boleh layari website : http://www.srpublication.com.my/

Saturday, October 9, 2010

aku dan nafasku!

akhirnya tercapai juga hajat rehann nak wat blog rehann sendiri. aku dan nafasku menceritakan segala-galanya tentang rehann mukhlys. macam-macam yang rehann nak muatkan dalam blog ni... cuma bagi rehann sedikit masa ya.... sebab sekarang rehann tengah busy dengan assignment n presentation... final exam dah nak dekat kan....thanks for support...n this flower is for u...